Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

Peringatan Abadi


Firman Allah: 'Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dari-Nya)'; surah Al-Anbiya:1

Maksud ayat: Kita ini tidak lama lagi pasti akan mati, dan apabila kita mati, maka Allah akan menghitung segala perbuatan kita semasa hidup apakah dosa atau pahala kita yang lebih banyak.

Dari itu, kita akan disiksa di dalam kubur seandainya dosa bertimbun mengalahkan pahala kebaikan, nauzubillahiminzalik. Manakala beruntunglah pula bagi mereka yang banyak berbuat kebaikan dan menggunakan akal untuk menilai sesuatu kejadian atau berita itu dengan adil. Mereka ini ditempatkan di taman-taman syurga dalam alam barzakh (alam kubur) itu. Subhanallah.
...

Malangnya, menurut Allah, ramai manusia itu lalai dan berpaling dari mentaati perintah-Nya dan Rasul-Nya. Mudahan-mudahan kita bukan dari golongan yang rugi itu, insyaAllah....Amin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan